Chloroquine 250mg
Jenama:
Chloroquine®
Kegunaan:
Merawat dan mencegah penyakit malaria
Cara pengambilan:
1. Rawatan penyakit malaria
4 biji selepas makan dan 2 biji pada 6 jam seterusnya, diikuti dengan 2 biji pada hari kedua dan ketiga
Sila habiskan ubat tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi
2. Pencegahan penyakit malaria
2 biji sekali setiap minggu selepas makan, dimulakan 1-2 minggu sebelum lawatan, diteruskan semasa lawatan dan untuk 4 minggu selepas meninggalkan kawasan yang dilawati
Pengambilan ubat tersebut mesti pada hari yang sama setiap minggu
Sila habiskan ubat tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Rasa loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Cirit-birit
- Sakit perut
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Kegagalan jantung
- Perubahan penglihatan
- Pergerakan otot yang tidak dapat dikawal
- Sawan
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Selamat digunakan – kesan terhadap bayi adalah minimum / rendah
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Perubahan penglihatan
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®