Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Charcoal, activated 250mg

Jenama:

Deltacarbon®

Kegunaan:

Cirit-birit dan keracunan makanan

Cara pengambilan:

2-4 biji 3-4 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Najis berwarna hitam
  • Cirit-birit
  • Muntah

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Gangguan/halangan usus

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui

Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui  

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Gangguan/halangan usus
  • Kebocoran usus
  • Baru menjalani pembedahan
  • Mempunyai risiko pendarahan usus

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: