Celecoxib 200mg
(Celebrex®)
Jenama:
Celebrex®
Kegunaan:
Melegakan kesakitan dan keradangan
Cara pengambilan:
1 biji 1-2 kali sehari selepas makan
Diambil bila perlu sahajaKesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Sakit kepala (15.8%)
- Cirit-birit (5.6%)
- Rsa loya (3.5%)
- Tekanan darah tinggi (2.4%)
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Sakit jantung
- Pendarahan perut (kurang dari 0.1%)
- Peningkatan enzim hati
- Kegagalan buah pinggang akut
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Trimester ke-3
Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risikoPenggunaan jika menyusukan anak:
Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu
Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Kegagalan buah pinggang
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®