Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Carvedilol 25mg
(Dilatrend®)

Jenama:

Caslot®, Vacodil®

Kegunaan:

  1. Menurunkan tekanan darah
  2. Merawat masalah jantung seperti sakit dada (angina pectoris) dan kegagalan jantung (heart failure)

Cara pengambilan:

½-1 biji 2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Pening kepala (6% hingga 33%)
  • Keletihan (24%)
  • Tekanan darah rendah (1.8% hingga 20.2%)
  • Cirit-birit (2% hingga 12%)
  • Paras gula darah tinggi (5% hingga 12%)
  • Kenaikan berat badan (10% hingga 12%)
  • Denyutan jantung perlahan (3% hingga 10%)
  • Bengkak kaki atau tangan (1% hingga 7%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Kekurangan sel darah merah

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Denyutan jantung yang lemah
  • Kegagalan jantung akut
  • Kerosakan hati
  • Penyakit asma

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: