Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Carbimazole 5mg
(Neo-mercazole®)

Jenama:

Thymazole®

Kegunaan:

Merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidism) untuk mengurangkan penghasilan hormon tiroid

Cara pengambilan:

1-4 biji 1-3 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa loya
  • Sakit perut
  • Keguguran rambut

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Paras sel darah putih menurun
  • Kerosakan hati
  • Deringan dalam telinga

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko

Penggunaan jika menyusukan anak:

Selamat digunakan – kesan terhadap bayi adalah minimum / rendah

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: