Captopril 25mg
(Capoten®)
Jenama:
Apuzin®
Kegunaan:
- Menurunkan tekanan darah
- Merawat masalah jantung seperti sakit dada (angina pectoris) dan kegagalan jantung (heart failure)
- Merawat masalah buah pinggang yang disebabkan oleh penyakit kencing manis (diabetic nephropathy)
Cara pengambilan:
½-2 biji 2-3 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Batuk kering (0.5% hingga 2%)
- Tekanan darah rendah
- Perubahan deria rasa
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Paras sel darah putih menurun
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko
Penggunaan jika menyusukan anak:
Selamat digunakan – kesan terhadap bayi adalah minimum / rendah
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®