Sulfamethoxazole 400mg & Trimethoprim 80mg
(Bactrim®)


Jenama:
Comazole-N®
Kegunaan:
Antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria
Cara pengambilan:
1-3 biji 2 kali sehari selepas makan
Sila habiskan antibiotik seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Rasa loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Cirit-birit
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Kekurangan sel darah merah
- Paras sel darah putih dan platelet menurun
- Kerosakan hati
- Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan atau lemah
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko
Penggunaan jika menyusukan anak:
Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu
Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Sejarah reaksi alahan terhadap antibiotik yang serupa
- Kerosakan hati
- Kegagalan buah pinggang
- Kekurangan sel darah merah
- Bayi berumur kurang daripada 2 bulan
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®