Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Azathioprine 50mg
(Imuran®)

Jenama:

Imuran®

Kegunaan:

  1. Merawat penyakit autoimun di mana badan anda menyerang sel-sel atau tisu-tisu sendiri, seperti penyakit radang sendi (rheumatoid arthritis)
  2. Menghalang reaksi penolakan organ baru selepas pemindahan organ

Cara pengambilan:

1-2 biji 1-2 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa loya dan muntah (12%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Paras sel darah putih dan platelet menurun
  • Kerosakan hati
  • Warna kuning pada kulit atau putih mata (jaundice)

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Ibu mengandung dengan penyakit radang sendi (rheumatoid arthritis)

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: