Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Aripiprazole 15mg
(Arip MT®)

Jenama:

Arian®

Kegunaan:

Merawat penyakit mental yang dikenali sebagai skizofrenia dan gangguan bipolar

Cara pengambilan:

1-2 biji 1 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Menggeletar (2% hingga 11.8%)
  • Pergerakan otot yang tidak dapat dikawal
  • Rasa mengantuk (6% hingga 26.3%)
  • Sakit kepala (12% hingga 27%)
  • Sukar tidur malam (8% hingga 18%)
  • Rasa bimbang atau gelisah (4% hingga 17%)
  • Keletihan (2% hingga 17%)
  • Sembelit (5% hingga 11%)
  • Rasa loya dan muntah (3% hingga 11%)
  • Pening kepala (4% hingga 10%)
  • Kabur penglihatan (3% hingga 8%)
  • Kenaikan berat badan (7%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Sakit dada
  • Paras sel darah putih menurun
  • Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan atau lemah
  • Sawan
  • Neuroleptic malignant syndrome
  • Pemikiran dan tingkah laku membunuh diri

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: