Amisulpride 400mg
(Solian®)
Jenama:
Solian®
Kegunaan:
Merawat penyakit mental yang dikenali sebagai skizofrenia
Cara pengambilan:
½-1½ biji 1-2 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Menggeletar
- Pergerakan otot yang tidak dapat dikawal
- Sukar tidur malam (5% hingga 11%)
- Rasa bimbang atau gelisah (5% hingga 10%)
- Kenaikan berat badan (7% hingga 10.9%)
- Rasa mengantuk (0.1% hingga 5%)
- Sakit kepala (4%)
- Rasa loya dan muntah
- Sembelit
- Mulut kering
- Pengeluaran susu yang luar biasa
- Pembesaran payudara
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Denyutan jantung tidak teratur
- Tekanan darah rendah
- Neuroleptic malignant syndrome
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Penyusuan tidak digalakkan
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Kanser payudara
- Tumor di kelenjar adrenal (pheochromocytoma)
- Remaja berumur kurang daripada 15 tahun
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®