Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Amisulpride 100mg
(Solian®)

Jenama:

Solian®

Kegunaan:

Merawat penyakit mental yang dikenali sebagai skizofrenia

Cara pengambilan:

1-6 biji 1-2 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan)

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Menggeletar
  • Pergerakan otot yang tidak dapat dikawal
  • Sukar tidur malam (5% hingga 11%)
  • Rasa bimbang atau gelisah (5% hingga 10%)
  • Kenaikan berat badan (7% hingga 10.9%)
  • Rasa mengantuk (0.1% hingga 5%)
  • Sakit kepala (4%)
  • Rasa loya dan muntah
  • Sembelit
  • Mulut kering
  • Pengeluaran susu yang luar biasa
  • Pembesaran payudara

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Tekanan darah rendah
  • Neuroleptic malignant syndrome

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Kanser payudara
  • Tumor di kelenjar adrenal (pheochromocytoma)
  • Remaja berumur kurang daripada 15 tahun

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: