Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Amiodarone 200mg
(Cordarone®)

Jenama:

Amiohexal®

Kegunaan:

Mengawal denyutan jantung yang tidak teratur

Cara pengambilan:

1 biji 1 kali sehari selepas makan
(Dos permulaan 1 biji 3 kali sehari untuk seminggu, kemudian 1 biji 2 kali sehari untuk seminggu)

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa loya dan muntah (10% hingga 33%)
  • Sensitif kepada cahaya matahari (3% hingga 10%)
  • Sembelit (4% hingga 9%)
  • Hilang selera makan
  • Pening kepala
  • Kabur penglihatan
  • Pergerakan otot yang tidak terkawal
  • Kebas (kerosakan saraf)
  • Tekanan darah rendah (kurang daripada 1%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Denyutan jantung yang luar biasa perlahan
  • Kegagalan jantung
  • Penyakit tiroid
  • Paras platelet menurun
  • Peningkatan enzim hati
  • Kerosakan hati
  • Kegagalan buah pinggang
  • Gangguan penglihatan
  • Sakit belakang

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko

Penggunaan jika menyusukan anak:

Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu

Penyusuan tidak digalakkan

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Penyakit jantung, terutamanya dengan denyutan jantung yang perlahan

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: