Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Alprazolam 0.5mg
(Xanax®)

Jenama:

Xanapam®

Kegunaan:

Mengurangkan kebimbangan

Cara pengambilan:

½-2 biji 3 kali sehari selepas makan

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa mengantuk (23% hingga 76.8%)
  • Kerengsaan (33.1%)
  • Kehilangan daya ingatan (15.4% hingga 33.1%)
  • Kenaikan berat badan (2.7% hingga 27.2%)
  • Sembelit (8.1% hingga 26.2%)
  • Pening kepala (20.8%)
  • Mulut kering (10.2% hingga 14.7%)
  • Kekeliruan (1.5% hingga 10.4%)

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Kerosakan hati

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori D: tidak digalakkan – kajian telah menunjukkan kesan terhadap janin, boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko

Penggunaan jika menyusukan anak:

Elakkan penyusuan – terdapat kesan mudarat kepada bayi

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
  • Pengambilan bersama sesetengah ubat  (Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut)

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: