Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Allopurinol 300mg
(Zyloric®)

Jenama:

Apo-Allopurinol®, Pharmaniaga Allopurinol®

Kegunaan:

Mengurangkan paras asid urik dalam badan

Pengumpulan asid urik berlebihan dalam badan boleh menyebabkan penyakit gout

Cara pengambilan:

½-1 biji 1 kali sehari selepas makan pada waktu malam

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Rasa loya dan muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit perut

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Kekurangan sel darah merah
  • Paras platelet menurun
  • Kerosakan hati
  • Kegagalan buah pinggang

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Selamat digunakan – kesan terhadap bayi adalah minimum / rendah

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: