Alfuzosin 10mg
(Xatral XL®)


Jenama:
Xatral XL®
Kegunaan:
Merawat gejala pembesaran kelenjar prostat, yang dikenali sebagai benign prostatic hypertrophy (BPH)
Cara pengambilan:
1 biji 1 kali sehari selepas makan pada waktu malam
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Keletihan (2.7% hingga 7%)
- Pening kepala (1.6% hingga 5.7%)
- Mulut kering (sehingga 4%)
- Rasa loya dan muntah
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Denyutan jantung tidak teratur
- Kerosakan hati
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Tiada data
Penggunaan jika menyusukan anak:
Tiada data
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Kerosakan hati
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®