Alendronate 70mg
(Fosamax®)
Jenama:
Apo-Alendronate®
Kegunaan:
Merawat penyakit tulang rapuh (osteoporosis)
Cara pengambilan:
1 biji seminggu sekali
Ambil ubat ini pada waktu pagi, sebaik sahaja bangun tidur.
Ambil ubat ini dengan segelas air kosong, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan sarapan pagi. Jangan mengambil ubat ini dengan susu atau minuman yang lain selain air kosong. Jangan mengambil ubat ini pada masa yang sama dengan ubat-ubat yang lain.
Ambil ubat ini semasa badan tegak sama ada duduk atau berdiri. Jangan berbaring sekurang-kurangnya 30 minit selepas mengambil ubat ini dan sehingga selepas makan sarapan pagi.
Ambil ubat ini pada hari yang sama setiap minggu.
Jika terlupa mengambil ubat ini pada hari yang ditetapkan, ambil dos yang tertinggal pada waktu pagi keesokkan harinya dan ikut kepada jadual biasa pengambilan ubat ini setiap minggu.
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Sakit perut (2.1% hingga 6.6%)
- Perut kembung (2.6% hingga 4.1%)
- Sembelit atau cirit-birit (0.3% hingga 3.1%)
- Rasa loya dan muntah
- Sakit kepala (2.6%)
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Kegagalan jantung
- Kerengsaan atau ulser pada saluran pemakanan
- Pedih ulu hati
- Sukar menelan
- Sakit tulang, otot dan/atau sendi
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kesan terhadap bayi tidak diketahui
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Gangguan saluran pemakanan
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®