Agomelatine 25mg
(Valdoxan®)
Jenama:
Valdoxan®
Kegunaan:
Merawat kemurungan
Cara pengambilan:
1-2 biji 1 kali sehari selepas makan pada waktu malam
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Berpeluh berlebihan
- Sakit perut
- Sembelit atau cirit-birit
- Rasa loya dan muntah
- Sakit belakang
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Rasa mengantuk
- Rasa bimbang
- Keletihan
- Peningkatan enzim hati (1.4% hingga 2.5%)
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Kerosakan hati
- Warna kuning pada kulit atau putih mata (jaundice)
- Halusinasi
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Tidak digalakkan
Penggunaan jika menyusukan anak:
Rembesan ubat ini ke dalam susu ibu tidak diketahui
Penyusuan tidak digalakkan
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Pengambilan bersama sesetengah ubat (Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut)
- Kerosakan hati
- Peningkatan enzim hati secara berterusan tanpa sebab yang diketahui
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®