Acyclovir 200mg
(Zovirax®)
Jenama:
Pharmaniaga Aciclovir®
Kegunaan:
Merawat jangkitan virus seperti cacar air (chickenpox), kayap (shingles/herpes zoster), herpes kulit (herpes simplex) dan herpes kelamin (genital herpes)
Cara pengambilan:
1. Rawatan cacar air (chickenpox)
4 biji 4 kali sehari selepas makan
2. Rawatan kayap (shingles/herpes zoster)
4 biji 5 kali sehari selepas makan
3. Rawatan herpes kulit (herpes simplex)
1-2 biji 5 kali sehari selepas makan
4. Rawatan herpes kelamin (genital herpes)
1 biji 5 kali sehari atau 2 biji 3 kali sehari selepas makan
Sila habiskan ubat tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Keletihan (11.5%)
- Rasa loya dan muntah (2.7% hingga 4.8%)
- Cirit-birit (2.4% hingga 3.2%)
- Sakit kepala (2.2%)
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Pendarahan atau lebam yang luar biasa
- Kegagalan buah pinggang
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori B: masih selamat digunakan – kajian pada haiwan tidak menunjukkan kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Selamat digunakan – kesan terhadap bayi adalah minimum / rendah
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®