Acetazolamide 250mg
(Diamox®)
Jenama:
Acetomid®
Kegunaan:
Merawat glaukoma
Cara pengambilan:
1 biji 4 kali sehari selepas makan
Kesan sampingan:
Kesan sampingan yang biasa:
- Cirit-birit
- Rasa loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Perubahan deria rasa
- Rasa mengantuk
- Kekeliruan
- Deringan dalam telinga
Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.
Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:
- Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
- Kekurangan sel darah merah (anemia)
- Paras platelet menurun
- Kerosakan hati
Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.
Penggunaan jika mengandung:
Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung
Penggunaan jika menyusukan anak:
Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu
Penyusuan tidak digalakkan
Kontraindikasi:
- Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
- Penyakit hati
- Kegagalan buah pinggang
Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut. Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®